Saturday, November 26, 2011

Apa itu Apple????





Apple diasaskan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak. Apple kini terlibat dalam penciptaan konsep teknologi baru (seperti iPhone, dan Apple TV), serta ciri-ciri untukMac OS X "Leopard", sistem pengendaliannya yang baru. Syarikat ini juga mengendalikan kedai dalam talian untuk menjual perkakasan dan perisian, selain daripada iTunes Store, laman webnya yang membekalkan muzik, buku audio,permainan, video muzik, pertunjukan TV, dan filem digital yang boleh dimuat turun. Produk-produk perkakasan syarikat yang paling terkenal termasuk barisan komputer peribadi Mac dan peranti-peranti persisian berkait, barisan pemain media mudah alih iPod, serta iPhone yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 2007. Selain itu, produk-produk perisian Apple yang paling terkenal termasuk sistem pengendalian Mac OS dan suit perisian iLife yang merupakan berkas produk perisian kreatif bersepadu untuk para amatur. (Kedua-dua Mac OS dan iLife dibekalkan secara bersama-sama dengan semua jualan Mac). Tambahan pula, Apple juga merupakan pembekal produk perisian industriaudio dan filem profesional (serta juga "prosumer") yang utama. Aplikasi-aplikasi profesional dan "prosumer" Apple yang digunakan, terutamanya dalam komputer Mac, termasuk Final Cut Pro, Logic Audio, Final Cut Studio, dan alat-alat industri yang berkait.











No comments:

Post a Comment